Monday, December 3, 2012

Gagal Bukan Penyudah Hidup | Teruja?



SALURAN Ceria Anda, ntv7 membawakan sitkom menarik, New Girl yang menghiburkan penonton dengan jalan cerita yang mencuit hati mengenai seorang gadis yang berusaha mengubah nasibnya. Bersiaran selama 24 episod, siri ini mula ditayangkan pada 1 Disember lalu setiap Sabtu, jam 11.30 malam menerusi slot L.O.L Hour.


Benarlah kata orang sekali tersungkur bukanlah bermakna selamanya seseorang itu menemui kegagalan. Malah sampai masanya anda memikirkan bagaimana menggunakan segala daya dan peluang yang ada untuk terus bangkit dan berjaya dalam hidup.


Inilah antara mesej yang bakal disampaikan melalui drama sitkom itu yang mengisahkan Jessica “Jess” Day seorang guru sekolah rendah yang mencari permulaan baru dalam hidupnya selepas gagal dalam percintaan.


Jess lakonan Zooey Deschanel sebelum ini berjaya menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Komedi di Critics’ Choice Television Awards dan dinamakan sebagai Pelakon Wanita Kegemaran dalam TV Guide Awards membawakan watak seorang gadis periang, optimis, lucu na





Source:


http://www.teruja.info/gagal-bukan-penyudah-hidup/






The News from http://cooleyzooey.blogspot.com